Saturday, July 22, 2017

Aktiviti Berpusatkan STEM - Mengenal Pecahan


Apakah pecahan?
Apabila kita membahagikan sesuatu kepada beberapa bahagian yang sama, kita akan memperolehi pecahan. bahagian yang dibahagikan mestilah mempunyai saiz yang sama.

Jika kita bahagikan satu bulatan kepada dua...kita akan dapat separuh...
atau ditulis sebagai 1/2.


 
Yang ini apa pula?

Pecahan Setara tu apa?
 
Pecahan Setara (Equivalent Fractions) adalah pecahan yang mempunyai nombor yang berbeza (Nampak macam lain) namun mempunyai nilai yang sama.
 
Kenapa sama?
 
Sebabnya ialah...bila kita mendarabkan atau membahagi kedua-dua bahagian pada pecahan (atas dan bawah) dengan jumlah yang sama, nilainya adalah tetap.
 
Ingat!
Apa yang dilakukan pada bahagian atas pecahan hendaklah dilakukan juga pada bahagian bawah!
Jika engkar peraturan ini, anda telah melanggar peraturan pecahan setara!
Pelajar meneroka pelbagai nilai pecahan menggunakan bahagian-bahagian pecahan menggunakan pinggan kertas. Pinggan kertas diletakkan pada permukaan jam dinding. Murid tahun 5 ini dapat melihat sendiri semakin banyak bahagian yang dibahagikan pada sekeping pinggan kertas, semakin kecil nilai satu bahagian pecahan tersebut.
 
Jadi, siapa lebih besar, 1/2 atau 1/4?

Masa untuk mencari pecahan setara. Murid diberi soalan "Treasure Hunt". Mereka perlu menjawab soalan dan mencari jawapan dalam bentuk pecahan. Ooop! jawapannya perlu ditukarkan dalam bentuk pecahan setara dan mereka perlu mencari kad jawapan pada "board" yang disediakan. Hadiah menanti!

Home

Facebook Badge